KELEBIHAN PRODUK SET BERSALIN AMWAY (TROPICAL HERBS) :
1. HERBA MANDIAN – Herba dan bunga tropika yang sangat harum untuk menyegarkan semula tubuh dan membangkitkan mood. Herba-herba lain seperti serai wangi dan daun limau purut melegakan lenguh-lenguh dan sakit otot manakala kunyit dan usnea barbata memberikan khasiat antibakteria dan antifungus untuk menangani masalah kulit yang ringan termasuk kegatalan dan ruam. Herba ini juga boleh diletakkan di dalam periuk sauna ketika bersauna untuk menyegarkan badan.
2. MINYAK URUT HERBA – Minyak yang dicampur khas daripada herba-herba yang direbus secara teliti. Rumusan zaman berzaman yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan, memberikan khasiat antibakteris, antispasmodik, antifungus dan astringen. DIbuat menggunakan minyak kelapa sawati yang kaya dengan vitamin E dan A, ia juga dapat menghangatkan kulit dan merangsang peredaran darah untuk merehatkan otot yang tertekan akibat proses bersalin.
3. MINYAK BAYI – Rumusan semulajadi yang berkesan untuk mencegah angin dan kembung perut bayi. Ia dirumus menggunakan 100% tumbuhan dan minyak pati tanpa mengandungi menthol atau mentil salisilat. Boleh digunakan setiap hari ke atas bayi, hanya satu atau dua titis setiap penggunaan sudah mencukupi.
4. CAMPURAN PENGHANGAT BADAN – Apabila disapu pada seluruh badan, ia membantu peredaran darah dan mengurangkan bengkak air. Herba-herba yang digunakan dalam campuran ini termasuk halia, biji hitam, buah pala, bunga cengkih dan kunyit.
5. CAMPURAN PENENANG – Mengandungi herba yang menyamankan seperti biji hitam, daun turi dan asam jawa. Ia membantu mengurangkan sakit kepala yang disebabkan kurang tidur. Calit sedikit pada dahi juga mennyegarkan dan mengurangkan rasa berat di sekitar mata.
6. CAMPURAN PERAMPING PERUT – Tanah liat yang ditulenkan dengan air limau nipis dan herba-herba yang dikisar digunakan bersama dengan bengkung membantu ibu-ibu mengetatkan bahagian abdomen dan membantu mengempiskan perut disamping mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin. Juga berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda hitam pada bahagian perut.
7. HERBA PEMBERSIH WANITA – Melegakan ketidakselesaan disebabkan keradangan di bahagian alat sulit. Campuran herba yang begitu harum ini dapat menhilangkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit. Ia juga tinggi kandungan tanin yang membantu mengecutkan tisu alat sulit dan mempercepatkan penyembuhan. Mengandungi herba-herba seperti sirih,kunyit,manjakani,halia hutan dan daun jambu batu.
8. TEH HERBA – Tonik yang diilhamkan daripada rawatan selepas bersalin yang diamalkan oleh keluarga diraja Perak. Ia digunakan sejurus selepas bersalin untuk membersihkan sistem dan menyingkirkan darah beku dari rahim. Mengandungi kunyit, manjakani, halia, jintan putih dan hitam. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan keradangan tisu vagina.
9. PIL SELEPAS BERSALIN 1 – Pil yang membantu mengembalikan tenaga , melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Menggabungkan herba yang digunakan secara tradisional dalam sistem ayurveda dalam bentuk kapsul sayuran juga shatavari yang meningkatkan pengeluaran susu.
10. PIL SELEPAS BERSALIN 2 – Pil ini membantu ibu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal secara dalaman an luaran. Mengandungi kombinasi herba yang sangat astrigen untuk membantu pengecutan rahim dan otot vagina.
11. BENGKUNG – Digunakan bersama-sama campuran peramping perut, ia memejalkan otot dan kulit perut, menggalakkan postur yang baik untuk ibu yang menyusukan bayi dan membantu mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin disamping mengempiskan perut.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian produk (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) :
FB/Instagram : CHARMSandCOLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700
No comments:
Post a Comment