Pages

Ads 468x60px

Labels

Name
Contact No
Email Address
Type Customer
Dropshipper
Bank Account
Address
Ordered Items

Create a web form here

Panduan : Tanda Awal Bersalin!

Anda sedang menunggu hari untuk bersalin? Ketahui 8 tanda-tanda awal anda bakal melahirkan dalam masa terdekat.

Engages
Anda mungkin perasan kedudukan bayi anda lebih rendah di dalam abdomen anda. Ini menandakan bayi anda telah ‘engages’ dan mungkin akan keluar dalam masa terdekat. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, bayi anda akan mula ‘engages’ dalam tempoh 2-4 minggu dari tarikh EDD. Manakala bagi yang pernah ada pengalaman, anda akan dapat bayi anda tidak engage sehingga kelahiran bermula. Ini kerana, otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.


Kerap Membuang Air Kecil
Semakin besar perut anda, semakin berat bayi anda dan kepala bayi pula terletak di bawah tengah tulang pelvis anda, berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu, anda akan kerap berasa ingin membuang air kecil kerana kepala bayi menekan pundi kencing.


Sakit Belakang Bahagian Bawah
Semakin bayi anda membesar dan berada lebih rendah, anda akan berasa sakit di bahagian belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregang lebih.


Braxton Hicks
Anda akan berasa kontraksi ini semakin kerap dan sakit seperti cramp yang dialami semasa datang haid. Kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini sebenarnya membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1 hingga 2 minggu sebelum kelahiran bayi. Kontraksi ini akan mula berkurang sekiranya anda menukar posisi atau mula berjalan.


Cirit-Birit

Hormon kelahiran yang bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda dan memberi laluan kepada bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda berasa loya.

Keputihan
Anda akan dapati lelehan lendir faraj ataupun keputihan agak ketara dari biasa. Ia adalah salah satu tanda untuk bersalin, namun jika ia diikuti dengan gatal-gatal, adalah dinasihatkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Lendir Pekat & Pendarahan
Plak mukus berlendir bekat dan berdarah. Apabila kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan plak mukus tertanggal. Plak mukus ini menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Ketiadaan plak ini membolehkan bayi bergerak ke bawah lagi secara perlahan-lahan.


Air Ketuban Pecah
Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalamikebocoran air ketuban Sebelum kelahiran. Hubungi doktor anda segera jika anda dapati air ketuban anda telah bocor. Kebanyakkan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi lain.

Bagi ibu-ibu semua, berhati-hati sekiranya anda dapati salah satu daripada tanda-tanda bersalin yang dinyatakan di atas telah pun anda rasai. Beritahu pasangan anda agar beliau boleh bersiap sedia untuk menyambut kelahiran orang baru.

Sumber

Tanamera : Promosi Februari - Mac 2015!

PROMOSI TERKINI!

FREE 2 Maternity Panty bernilai RM32.00 + FREE Mystery Gift + FREE DELIVERY dengan setiap pembelian Set Bersalin TANAMERA!!



Panty ini adalah FREE SIZE dan stretchable. Ia diperbuat daripada bahan Bamboo Fibre, sangat lembut dan selesa, berciri hypoallergenic dan anti-kuman, sangat  sesuai untuk ibu2 mengandung supaya tidak dijangkiti kuman sepanjang kehamilan.

SMS/Whatsapp : 019 6555700

Tungku Besi & Sarung Berherba

Memang best and murah sgt!
Harga promosi kami utk Tungku Besi & Sarung Berherba ini cuma RM67 sahaja!!! (np RM80)


Tungku besi digunakan untuk menuam anggota badan yang letih, sengal, lesu dan digunakan wanita selepas bersalin untuk mengecut dan menaikkan peranakkan.

Ia membantu mengeluarkan angin, mengeluarkan lendiran dan darah dan melancarkan perjalanan darah. Bertungku boleh digunakan oleh lelaki dan
wanita yang menjaga kesihatan.

Sarung tungku herba mengandungi herba, rempah ratus dan akar kayu membantu menolak angin, menghangatkan badan dan melancarkan perjalanan darah. Aroma harum herba memberikan efek ketenangan.

SMS/Whatsapp : 019 6555700

CHARMS & COLORS
No 53 Jln Betik 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang

Panduan : Bahaya Walker Kepada Bayi!

MEMANG comel apabila melihat bayi bergerak ke sana sini dengan laju sambil berteriak gembira ketika duduk di dalam kerusi beroda (walker) bayi biarpun masih belum mampu berjalan sendiri.
Walaupun ia mungkin dilihat membantu bayi belajar berjalan, sebenarnya penggunaan kerusi ini tidak memberikan sebarang kebaikan kepada bayi, sebaliknya mampu memudaratkan dirinya.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, setiap peralatan bayi perlu diperhalusi kepentingan dan manfaat penggunaannya kepada perkembangan tumbesaran bayi.

Ada ibu bapa berasa meletakkan anaknya di dalam kerusi beroda itu bukan saja mampu ‘mempercepatkan’ anaknya belajar berjalan, malah ia mampu menghiburkan anaknya.
Foto
LANGKAH PERTAMA...bayi mengambil masa untuk mempelajari teknik berjalan.

Hakikatnya, ibu bapa seharusnya tahu bahawa penggunaan kerusi beroda itu sebenarnya melambatkan perkembangan motor tubuh anaknya, lebih parah ia juga melambatkan perkembangan mental bayi.

Kerusi beroda bayi memberi kebebasan bergerak kepada bayi melebihi had keupayaannya sendiri dan lebih pantas daripada tindakan yang boleh diambil ibu bapa untuk membantu sekiranya berlaku kemalangan.

Pada 1994, ketika kerusi bayi sangat popular di Amerika Syarikat (AS), Suruhanjaya Keselamatan Produk Pelanggan mengumumkan kerusi berkenaan bertanggungjawab menyebabkan kecederaan kepada bayi berbanding produk bayi yang lain.

Jenis kecederaan yang direkodkan antaranya membabitkan cedera kepala, patah tulang, patah gigi, melecur dan jari tersepit, hingga kes lebih ekstrem membabitkan pemotongan bahagian tubuh atau kematian.

Kebanyakan kecederaan yang berlaku disebabkan bayi terjatuh dari tangga selain cedera akibat bayi mencapai objek panas, berat dan beracun.

Disebabkan bahaya yang mengancam nyawa bayi, Kanada mengambil keputusan mengharamkan peralatan terbabit di negara itu pada 2004 dan sesiapa yang didapati memiliki peralatan bayi itu akan berhadapan dengan denda sehingga RM307,035 (CAD $100,000) atau enam bulan penjara.

Namun di sesetengah negara lain, kerusi bayi masih digunakan secara meluas dan kecederaan pada bayi akibat penggunaannya terus berlaku.

Pada usia antara enam bulan hingga setahun, bayi yang sihat mempunyai keinginan kuat untuk bergerak di atas kawasan rata.

Pada mulanya ia memang sukar bagi mereka kerana perlu berusaha untuk menggerakkan anggota badan, kaki, tangan dan menyempurnakan pergerakan seperti meregang, berguling dan merangkak.

Bayi berasa puas apabila mereka berjaya mencapai matlamat mereka seperti ingin memegang mainan yang berada di satu sudut ruang, selepas belajar menyusun pergerakan untuk sampai ke mainan itu. Kemudian bayi akan meneruskan perkembangan pergerakannya dengan berusaha untuk berdiri pula.

Namun penggunaan kerusi beroda bayi itu merampas semua keajaiban pembelajaran penggunaan motor tubuh bayi kerana ia melangkau semua proses yang sepatutnya dipelajari dan difahami secara perlahan-lahan oleh bayi.

Kerusi beroda itu menyebabkan mereka terus berdiri tidak kena pada masanya, tanpa belajar pergerakan lain terlebih dulu, menyebabkan bayi lambat berkembang dari segi mental.

Kekurangan terbesar kepada bayi yang menggunakan peralatan terbabit adalah mereka menunjukkan perkembangan yang lambat dari segi mental biarpun selepas mereka pandai berjalan sendiri.

Kejutan terbesar kepada ibu bapa adalah anak mereka yang menggunakan kerusi beroda itu menunjukkan perkembangan 10 bulan lebih lambat selepas sudah tahu berjalan.

Pakar perunding pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil berkata, ramai ibu bapa masih salah faham dan menganggap penggunaan kerusi beroda itu akan dapat mempercepatkan pergerakan dan mengajar anak mereka berjalan dengan lebih pantas sedangkan hakikatnya ia tidak sedemikian.

Katanya, penggunaan kerusi beroda bayi itu melambatkan lagi perkembangan bayi mereka dari segi fizikal serta mental.

“Lagipun penggunaannya sangat bahaya dan bayi boleh terdedah kepada risiko kemalangan yang boleh mencederakan kepala serta mengakibatkan pendarahan dalaman, seterusnya melambatkan lagi perkembangannya.

“Bayi yang menggunakan kerusi beroda ini tidak belajar berjalan sebenarnya kerana kaki mereka tidak betul-betul bertapak di lantai, sebaliknya hanya hujung jari yang digunakan untuk bergerak,” katanya.

Katanya, bayi juga mudah terdedah kepada perkara yang membahayakan diri mereka sekiranya mereka bergerak dengan laju tanpa kawalan kerana mereka berdepan risiko tinggi terjatuh.

Bayi yang terjatuh dan ­terkena di bahagian kepala boleh mengalami pendarahan otak dan ada kes yang menyebabkan bayi mati akibat ­pendarahan otak selepas ­terjatuh daripada kerusi beroda itu.

“Ada ibu bapa yang mengikat kerusi itu dengan tali kerana tidak mahu bayi bergerak laju tetapi ia juga boleh menyebabkan mereka cedera kerana kerusi itu boleh terbalik ke depan dan bayi tersembam ke lantai.

“Ibu bapa seharusnya sedar mereka tidak perlu penggunaan kerusi beroda itu untuk mem­percepatkan perkembangan bayi kerana ia langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada bayi, sebaliknya bahaya dan boleh mencederakan bayi,” katanya.

Dr Yong Junina berkata, cara terbaik untuk membantu bayi berkembang dengan lebih cepat adalah dengan meletakkan bayi di atas permaidani atau tilam nipis supaya mereka boleh ber­kembang mengikut kadar sendiri.

Bayi perlu belajar meniarap, merangkak dan berjalan sendiri bagi membantu perkembangan fizikal dan mental yang sihat serta menjadikan mereka lebih bijak.

“Jika gunakan kerusi beroda itu, bayi tidak belajar proses meniarap dan merangkap dan ini seterusnya mengganggu perkembangan dan kebolehan bayi menggunakan mental dan fizikal untuk bergerak,” katanya.

Sumber : http://www2.hmetro.com.my/articles/Biarkanbayibergeraksendiri/Article#sthash.lrcnV8Ll.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Announcement

Please be informed that we've closed our GUESTBOOK orders until further notice. If you have any enquiries regarding our product, feel free to e-mail us at :

charmsandcolors@yahoo.com

Thank you and sorry for any inconveniences.