Pages

Ads 468x60px

Name
Contact No
Email Address
Type Customer
Dropshipper
Bank Account
Address
Ordered Items

Create a web form here

Panduan : Kepentingan Berpantang

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namum, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong.
Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.
Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersain secara normal.
Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat, tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.
Terdapat juga wanita yang mulai berjimak selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.
Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul merkah dan mentah. Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal, kedudukannya masih belum mantap.
Aktiviti berjimak akan menarik turun posisi rahim ke peringkat peranak rendah atau prolaps tahap pertama. Ibu akan terasa berat di bahagian pelvis atau ari-ari dan kurang selesa apabila membuang air kecil dan adakalanya kerap membuang air kecil. Lama-kelamaan ini menimbulkan rasa lenguh atau sakit pinggang, bisa-bisa betis serta sakit tumit, badan terasa berat, letih selain bisa otot dan sendi. Apabila sampai ke peringkat yang serius, bahagian lutut terganggu oleh rasa sakit dan bisa serta bengkak. Gangguan di bahagian lutut menandakan berlakunya kelemahan di bahagian peranakan.
Oleh yang demikian, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa ibu bersalin normal dipantangkan berjimak sehingga 44 hari. Difahamkan pada hari ke 44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan kembali memperkemas kemantapannya dan berada dalam proses penyembuhan peringkat terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa itu, ibu dilarang ke mana-mana dan perlu berehat. Jika terjadi kemalangan seperti terseliuh kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut sukar dirawat. Ada ibu yang berjalan tempang atau lumpuh kerana bentan urat sum, iaitu tersentap urat besar di bahagian pinggul. Ada juga yang keluar tombong kerana terhentak punggung dengan kuat dan kejadian ini menyebabkan penderitaan selama-lamanya. Kejadian ini bukalah kisah dongeng, tetapi telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Ibu yang kemalangan ini mesti mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun dapat disembuhkan, kesannya, ibu tersebut cepat laih dan makan tua sebelum usia.
Lazimnya, hari yang ke 45 ialah hari kelepasan tempoh pantang ibu bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan, hari kelepasannya ialah hari yang ke 50. Pada masa yang tersebut, ibu boleh kembali melayan suami dengan mesra secara mana yang diinginkan. Bagaimanapun, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan pantang bagi ibu bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke 101 kerana telah terbukti berkesan melambatkan proses penuaan, disamping memelihara tahap kesihatan.
Sumber : Kak Engku Bidan Bersalin

Berpantang 44 hari?

Customer kami selalu bertanya, kenapa item dlm set bersalin terdapat dlm jumlah yg kecil sahaja. Contohnya, 14 pek utk Herbal Tea utk kegunaan 7-14 hari.

Actually mmg kita berpantang 44 hari. Tapi sesetengah item bukan utk dipakai terus menerus sepanjang 44 hari tersebut. Ada item yg kita cuma perlu pakai utk 2 minggu shj. Ada pula utk seminggu sekali cthnya seperti Boreh Body Scrub. Dan selalunya tapel/krim barut dipakai sebelum memakai bengkung selama 2 weeks shj. Namun ada juga yg mahu memakai tapel sepanjang tempoh berpantang. Sebab itu tapel NR dan banyak produk berpantang lain ada dijual dlm loose pack. Untuk memudahkan kita memilih sendiri cara berpantang yg sesuai dgn diri kita.


Tanamera : Tungku Bayi / Tungku Muka

Siapa kata tungku bayi tak penting?

• Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

• Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

• Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.

• Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

Tungku Bayi Tanamera = RM14.50

019 6555700 | charmsandcolors@yahoo.com


NR : Minyak Herbanika & Myk Berubat Herba

Perbezaan antara Minyak herbanika dan Minyak Berubat Herba

Minyak Herbanika :
Minyak herbanika merupakan minyak sapuan bersifat perubatan rapi juga berkhasiat pelembab, emolien, antiseptik depuratif dan karminatif. Lebih banyak digunakan dalam rawatan penyembuhan masalah penyakit jenis yang berat.

Digunakan dengan berkesan dari bahagian kepala sehinggalah ke hujung kaki bagi membantu memperbaiki aliran / sirkulasi darah, mempercepatkan penyembuhan hasil pembedahan seperti pembedahan kelahiran / ceasarian dan luka episiotomi dengan sapuan secukupnya di bahagian sekitar perut, belakang, kawasan pelvis dan alat sulit selepas kelahiran.

Merupakan minyak sapuan anti stres bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ia juga membantu melegakan masalah vena varikos (pengembangan dan penimbulan urat saraf), kekejangan otot, mengurang dan meredakan masalah pembengkakan tulang penyambung yang berat dan mengurangkan tanda perengangan kulit. Pengunaan arian semasa menjalani rawatan pantang bersalin akan membantu mengejabkan dan memperbaiki kembali tona otot tubuh yang menggeleber dan payudara yang kendur. Untuk perehatan yang sepenuhnya bagi meredakan kekejangan otot tubuh dan menghilangkan stres / tekanan, sapu dan urutlah ke seluruhan tubuh bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki dengan Minyak Herbanika dan Minyak Zaitun yang dipanas suamkan.


 
Minyak Berubat Herba :
Minyak Berubat Herba merupakan minyak sapuan harian serbaguna untuk kegunaan seisi keluarga. Mengandungi estrak Minyak kelapa Hijau, Kayu Putih, Serai dan Sireh. Minyak sapuan ini terkenal dengan khasiat pelembap, antiseptik, depuratif dan astrigen. Berkesan sebagai sapuan penjagaan kesihatan harian dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki yang boleh digunakan bagi mereka yang sihat atau berpenyakit. Antara khasiat pengunaannya membantu memelihara kesihatan sulit wanita selepas bersama,semasa dan selepas haid dan juga semasa kehamilan, melegakan masalah pengembungan dan sakit perut, batuk berterusan, sinusitis sederhana, sakit kepala, sakit telinga, sakit gigi dan gusi, rasa kebas, pembengkakan ringan tulang penyambung, sakit otot, kekejangan perut, kabur penglihatan, terseliuh, melecur, luka dan lebam, mengurangkan masalah kelemumur, penguguran rambut dan memperbaiki keadaan yang lebih sihat untuk pertumbuhan rambut.

Penuangan Minyak Berubat Herba ke atas tuala wanita sepanjang kedatangan darah haid dan ketika dalam pantang akan membantu menyegar dan memperlancarkan aliran darah haid. Pengunaannya juga dapat membantu melegakan iritasi bahagian sulit kesan lelehan sulit semasa hamil.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Email : charmsandcolors@yahoo.com
FB : CHARMSandCOLORS
SMS/WhatsApp : 019 6555700 (Fasha)
Website : charmsandcolors.blogspot.com
Instagram : charmsandcolors
Shaklee ID : 888941
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Announcement

Please be informed that we've closed our GUESTBOOK orders until further notice. If you have any enquiries regarding our product, feel free to e-mail us at :

charmsandcolors@yahoo.com

Thank you and sorry for any inconveniences.